Lihat Bagaimana Restoran Di China Ini Menggunakan Sepenuhnya Robot Sebagai Pelayan

Kita dapat lihat satu per satu pekerjaan manusia di ambil alih oleh robot, daripada kerja buruh di kilang hingga ke tol, semua pakai mesin dan robot. Di China, sebuah restoran makanan di Kunshan City menggunakan sepenuhnya khidmat robot.

robot-restaurant-1[2]

Restoran ini menggunakan kira-kira 15 robot untuk melaksanakan tugas memasak, mengambil pesanan, menghantar pesanan dan menyambut pelanggan di depan pintu.

Dengan ruang sebesar 3,200sf, mereka menggunakan optikal sensor yang dipasang seperti railway untuk laluan robot bergerak. Pelanggan boleh memesan makanan dengan mengunakan sistem menu skrin sentuh dan mampu berinteraksi bersama pelanggan seperti memberitahu berapa lama makanan akan siap.

robot-restaurant-6[3]

Cool jugak ada restoran macam ni kat Malaysia. Bila robot kata siap 2 minit, konfem 2 minit. Video di bawah merupakan video yang dirakam oleh slah seorang pelanggan yang pertama kali merasai pengalaman makan di restoran robot.

https://www.youtube.com/watch?v=5D6y0HVQvzM

Sumber