Eric Pickersgill, seorang jurugambar dari
Amerika Syarikat telah melakukan sesuatu kelainan dengan foto yang diambilnya
apabila beliau membuang imej telefon dan peranti digital dari potrait itu. Pickersgill
menamakan ia sebagai projek “Removed” dan ia bertujuan memaparkan ketagihan
manusia terhadap teknologi.
Idea ini tercetus apabila beliau duduk di
sebuah café di New York yang mana sebuah keluarga duduk di meja berhampiran
leka bermain telefon pintar masing-masing. Mereka tidak berkomunikasi antara
satu sama lain.
Pickersgill tidak menggunakan sebarang
perisian untuk meng-edit foto itu sebaliknya meminta rakan atau orang yang
tidak dikenali berada di dalam posisi asal tanpa memegang telefon pintar.
Selepas itu barulah beliau mengambil foto berkenaan.
Berkaitan
- Penyelidik Sekuriti Temui Kelemahan Pada Aplikasi SHAREit, Pengodam Boleh Akses Fail Pengguna
- Pengering Rambut Dan Robot Vakum Xiaomi Boleh Mula Dibeli Hari Ini
- China Berjaya Lakukan Pembedahan Jarak Jauh Menggunakan Teknologi 5G
- Antutu Namakan Cip Terbaik Untuk Tahun 2019
- Realme XT Dilancarkan Di Malaysia, Harga Jualan RM1399
- PKNS Perkenal VTR, Mudahkan Bakal Pembeli Lihat Rumah
- Pixel 4a Mungkin Tiada Versi XL
- Qualcomm Tidak Mahu Samsung Hasilkan Snapdragon 865
- Model Baru iPhone 2017 Dilengkapi Dengan Pengecasan Tanpa Wayar
- Semua Pengangkutan Awam Bakal Laksana Touch 'n Go Secara Menyeluruh Pada 2019