Light Out - Mod Gelap Sebenar Akhirnya Tiba Di Twitter

Aplikasi mudah alih Twitter ketika ini sudah pun mempunyai tema gelap mereka sendiri namun ia disebut sebagai bukan "mod gelap sebenar" kerana menggunakan warna biru gelap.

Atas alasan itu, pihak Twitter telah mengumumkan bahawa mereka akan hadir dengan mod gelap baharu pada Januari lalu.

Selepas lebih kurang dua bulan, akhirnya mod tersebut telah pun mula tersedia bagi pengguna secara berperingkat.

https://twitter.com/Twitter/status/1111312068911611904

Akan tetapi, buat masa ini ia hanya tersedia buat pengguna iOS sahaja. Namun, pengguna Android juga dijangka akan menerima fungsi ini tidak lama lagi.

Bagi pengguna Twitter di iOS, anda boleh menyemak kemaskini aplikasi anda di App Store untuk menggunakan mod terbaru ini.
*Nota - menurut tinjauan kami, mod ini masih belum tersedia di peranti kami walaupun aplikasi Twitter telah dikemaskini kepada versi terbaru