Liga Super Malaysia Mungkin Berpeluang Diperkenalkan Dalam FIFA 20

Peminat bola sepak tanah air ketika ini pastinya sedang bersemangat menantikan perlawanan Harimau Malaya yang seterusnya dalam Piala AFF Suzuki.

Bagi menghangatkan lagi bahang kejohanan tersebut, satu berita mengenai Liga Super Malaysia mungkin berpeluang membuat kemunculan pada platform permainan bola sepak popular, FIFA 20.

Memetik laporan dari laman Fox Sports Asia, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, telah mengajak semua peminat bola sepak tempatan mengundi Liga Super Malaysia dalam FIFA 20 Leagues Vote.


Dijalankan secara dalam talian oleh laman komuniti permainan FIFA iaitu FIFPlay, undian tersebut merupakan langkah dalam menggesa pihak EA Sport untuk memasukkan liga yang digemari ramai pada permainan edisi akan datang.

Semasa artikel ini ditulis, Liga Super Malaysia mendahului liga-liga lain sebanyak 20% dengan undian berjumlah 65,080.

Jom sama-sama kita buat undian dan berharap hasil undian tersebut berjaya meyakinkan EA Sport untuk menampilkan Liga Super Malaysia pada FIFA20 kelak.

Undi disini - FIFA 20 Leagus Vote

*FIFPlay tidak mempunyai sebarang kaitan dengan EA Sports. Mereka hanya akan menyerahkan hasil kajian ini kepada Perhubungan Awam (PR) FIFA dan pembangun permainan di EA Sports.

Sumber: HRH Crown Prince of Johor via Fox Sport Asia