Liga Overwatch Diharap Dapat Menukar eSukan Kepada Francais NFL Yang Seterusnya

Pembangun Overwatch, Activision Blizzard telah melancarkan Liga Overwatch, pertandingan eSukan pertama yang menampilkan pemain tempatan di dalam pasukan profesional.

Keputusan itu diambil bagi membawa pertandingan eSukan kepada orang ramai yang lebih memberi impak dari model sukan tradisional sebelum ini.

Overwatch merupakan permainan penembak yang popular di pasaran ketika ini.

Permainannya melibatkan dua pasukan bertarung antara satu sama lain di dalam arena persekitaran serba cepat dimana ahli pasukan bekerjasama menyelesaikan objektif atau menghapuskan pasukan lawan dan pada masa yang sama menguatkan ahli pasukan sendiri.

Dilancarkan pada tahun lalu, Overwatch telah mendapat perhatian pemain-pemain eSukan dan Blizzard mengumumkan yang mereka telah berjaya mendapatkan 30 juta pemain berdaftar.



Tidak dipastikan lagi bagaimana Liga Overwatch akan memberi impak kepada model eSukan sekarang kerana pendekatan mereka sangat berbeza dengan ESL - salah satu organisasi terbesar eSukan.

Apa pun terjadi, Activision Blizzard mahu membawa permainan mereka kepada penonton baru dan percaya Overwatch mampu berbuat demikian.

Sumber