Lifestage: Aplikasi Media Sosial Baharu Dari Facebook






Facebook melancarkan aplikasi media sosial baharunya,
Lifestage yang menyasarkan pengguna dalam kalangan remaja yang bersekolah.





Lifestage kini hanya boleh digunakan oleh pengguna peranti
Apple yang berada di Amerika Syarikat. Pengguna dikehendaki memuat naik gambar
mahupun video berdasarkan perasaan, suka atau tidak suka. Kesemua bahan media
yang dimuat naik boleh ditonton oleh semua pengguna kerana ia tidak menyediakan
fungsi untuk mengawal tontonan. Idea asal aplikasi ini adalah menghubungkan
pengguna dari sekolah yang sama. Pengguna boleh melihat profil pengguna lain
selepas sesebuah sekolah itu mempunyai 20 atau lebih ahli yang berdaftar.











Seorang pakar dari BBC berpendapat kurangnya tetapan privasi
untuk aplikasi itu bakal menimbulkan kerisauan. Menurut laporan dari laman web
Tech Crunch, pengguna yang berumur 21 tahun dan keatas hanya boleh melihat
profil mereka sendiri.




Aplikasi itu tidak mempunyai fungsi mesej tetapi
pengguna boleh memaparkan butiran untuk berhubung dengan menggunakan aplikasi
lain seperti Snapchat ataupun Instagram.