LG Velvet Akan Dilancarkan Pada 7 Mei Ini

LG hari ini telah memuat naik video di Youtube bagi acara pelancaran LG Velvet. Menerusi video pendek berdurasi 15 saat tersebut, syarikat dari Korea Selatan itu telah mengesahkan acara pelancaran LG Velvet secara digital akan berlangsung pada 7 Mei ini.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=atoPtQXbgdE[/embed]

Melalui video yang memfokuskan kepada rekaan LG Velvet, ia menunjukkan tetapan kamera raindrop pada peranti dengan pelbagai varian warna.



Terdahulu, LG mendedahkan peranti ini akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 765 5G. Selain itu, terdapat 4 varian warna yang ditawarkan termasuk hijau, hitam, putih dan warna gradien merah-jingga.

Spekulasi turut mengatakan peranti ini mempunyai skrin OLED bersaiz 6.7 inci atau 6.9 inci dengan paparan imbasan cap jari terbina. Ia dijangka hadir dengan bicu audio 3.5mm, kapasiti bateri 4000mAh, dan tetapan kamera dengan lensa 48MP.

Bagi anda yang ingin menonton acara pelancaran tersebut, ia akan disiarkan secara penstriman langsung melalui akaun rasmi LG di YouTube dan Facebook. Pelancaran LG Velvet akan bermula pada 9 pagi, 7 Mei ini.

Sumber: Gizmochina