LG Umumkan Peranti Kelas Permulaan - K62, K52, K42

LG kali ini kelihatan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kembali bahagian pasaran dalam peranti pintar. Mereka baru sahaja mengumumkan tiga peranti kelas permulaan iaitu K62, K52 dan K42.

LG

LG K62 hadir dengan paparan 6.6 inci HD+ dan dijana menggunakan cip pemproses 2.3GHz octa-core serta 4GB RAM. Ia mempunyai storan sebesar 128GB dan menyokong kad mikroSD sehingga 2TB.

Pada bahagian belakang, ia hadir dengan 4 lensa iaitu kamera utama (48MP), ultra lebar (5MP), depth (2MP) dan makro (2MP) serta 28MP lensa swafoto. Selain itu, peranti ini dimuatkan dengan bateri 4000mAh.

Bagi LG K52, peranti ini hadir dengan paparan 6.6 inci HD+. Ia mempunyai spesifikasi yang sama dengan K62. Namun, storan dalamannya diturunkan sedikit berbanding K62 iaitu 64GB serta 13MP lensa swafoto.

Akhir sekali, peranti LG K42 dijana dengan cip pemproses 2.0GHz octa-core dengan RAM 3GB.

Paparannya sama dengan peranti K52 iaitu 6.6 inci HD+. Bagi storan dalaman pula adalah sebesar 64GB dan dimuatkan dengan bateri sebesar 4000mAh.

Pada bahagian belakang, ia masih hadir dengan 4 lensa dan spesifikasi yang sama dengan peranti siri K yang lain. Namun, lensa utamanya hanya mempunyai 13MP dan lensa swafoto pula 8MP.

Kesemua peranti ini akan hadir buat pasaran Eropah pada bulan Oktober depan dan mungkin tidak hadir ke pasaran Malaysia. Buat masa ini, LG masih belum mengumumkan harga buat peranti-peranti ini.