LG UltraFine 5K Dan 4K Ditawarkan Khusus Untuk Pengguna Apple

Dua ahli baru, UltraFine 5K dan UltraFine 4K telah diperkenalkan LG dalam keluarga besar monitor mereka. Menambah baik dari versi keluaran sebelumnya, ia ditawarkan khusus untuk penggunaan pada barisan komputer Mac, Macbook termasuk iPad Pro.

LG UltraFine 5K



Direka untuk meningkatkan lagi produktiviti pengguna dimana ia menjanjikan prestasi keseluruhan yang baik. Monitor ini disediakan dengan port sambungan Thunderbolt 3 serta USB-C, memudahkan sambungan kepada iPad Pro dibuat.

Disasarkan kepada kelompok pengguna seperti pereka kreatif, jurugambar serta juruvideo, ia mampu memberikan paparan tepat dari segi warna dan perincian. Berukuran 27 inci, monitor ini turut dilengkapi dengan kamera terbina, mikrofon dan pembesar suara stereo. Ia sesuai digunakan pada peranti yang menjalankan sistem operasi macOS Mojave 10.14.6 dan iOS 12.4.

LG UltraFine 4k



Paparan ini pula hadir dengan skrin 23.7 inci yang mana 10% lebih besar berbanding versi terdahulu. Kedua-dua model mampu menyalurkan kuasa 94W yang mana ia boleh digunakan untuk mengecas peranti lain seperti iPad Pro.

LG UltraFine 5K disenaraikan pada laman Apple pada harga $1,299.95 (~RM5399.99) sementara UltraFine 4K pula diletakkan pada nilai $699.95 (~RM2907.59).