LG Tidak Hentikan Pembangunan Telefon Dengan Paparan Boleh Gulung

Terdapat laporan sebelum ini mengatakan LG akan menghentikan teknologi telefon dengan paparan boleh gulung. Oleh itu, LG tampil memberikan penjelasan berkaitan perkara ini.

Menurut LG, mereka sudah mempunyai prototaip telefon ini yang mana demo telah diperlihatkan semasa acara CES.

Akan tetapi, LG masih belum merancang bagaimana untuk mengeluarkan teknologi ini secara besar-besaran di pasaran buat masa ini.



Selain itu, walaupun LG menafikan untuk menarik diri dari perniagaan telefon pintar, mereka kini mempertimbangkan untuk tidak lagi menyertai perniagaan telefon pintar.

Meskipun begitu, LG masih akan membangunkan teknologi paparan untuk telefon pintar dimana panel OLED mereka juga digunakan pada siri iPhone 12.

Malah, mereka juga dilaporkan untuk membantu Apple dalam membangunkan iPhone dengan paparan boleh lipat.

Sumber: the verge