LG Sumbang Penapis Udara LG PuriCare Kepada Hospital Serdang

LG Elecetronics Malaysia pada hari ini telah menyumbangkan penapis udara LG PuriCare kepada Hospital Serdang. Sumbangan ini adalah salah satu usaha dari pihak LG bagi memberikan keselesaan dan udara yang bersih kepada petugas barisan hadapan.

''Sebagai warganegara korporat di Malaysia, sumbangan ini adalah sebagai tanda sokongan kami kepada petugas barisan hadapan perubatan yang bertungkus lumus bekerja tanpa henti di saat rakyat Malaysia memerlukan mereka. Melihat situasi sekarang, kami memahami bahawa pihak hospital dan para petugas amat memerlukan pertolongan dan sokongan.

Oleh itu, kami LG Electronics ingin menyumbangkan penapis udara untuk ditempatkan di ruangan istirehat doktor dan juga ruangan rehat kakitangan. Kami berharap bahawa penapis udara ini membantu dalam memberi keselesaan serta dapat membersihkan udara dalaman di sekeliling mereka.” kata Kim Kyutae, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia.

LG

Penapis udara LG PuriCare dilengkapi dengan teknologi penapis HEPA bergred industri dan Plasma Ionizer.

Keputusan LG untuk mengumbangkan pembersih udara terbaru mereka ini merupakan pendekatan bagi pengeluar barangan rumah dalam menghasilkan ''Technology that Cares''.