Ikuti kami di media sosial

Berita

LG Sudah Siap Sedia Tawar Skrin Paparan Boleh Lipat Untuk Pasaran

Haikel Areff

Ditulis

pada

Galaxy Fold dari Samsung, Mate X dari Huawei, mempunyai ciri yang boleh lipat telah menjadi pencetus era kemodenan seterusnya pada paparan skrin berlipat.

Pada Galaxy Fold, Samsung menggunakan paparan AMOLED mereka sendiri manakala Huawei menggunakan paparan BOE.

Kini, LG telah bersedia untuk menyediakan produk mereka untuk jualan pada peranti yang menggunakan paparan skrin boleh lipat, ia juga boleh dipanggil sebagai paparan fleksibel OLED.

Di persidangan SID (Society for Information Display) baru-baru ini, LG telah menunjukkan paparan skrin boleh lipat itu yang bersaiz 13.3 inci. Menurut mereka, paparan skrin ini sudah bersedia untuk dikomersialkan dan bakal menjadi sasaran seterusnya di pasaran industri.

Sebelum ini, Lenovo mengumumkan NoteBook paparan skrin boleh lipat yang menggunakan produk dari LG dan dijangka pelancarannya pada 2020.

Ketua Pegawai Teknikal LG, Kang In-byeong, mengatakan cabaran dalam pembikinan paparan skrin masih lagi hebat, tetapi semua itu bergantung pada pengeluar atau pembekal.

Sumber: Giz China

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular