LG Q6 Diperkenalkan Untuk Kelas Pertengahan- Adik Kepada Model G6

LG hari ini melancarkan model terbaru LG Q6 yang mengetengahkan model telefon kelas pertengahan dengan menampilkan ciri yang ditampilkan oleh model flagship G6.

LG Q6 menawarkan ciri yang sama dengan G6 iaitu binaan paparan 18:9 (FullVision) dengam mengetengahkan rekaan bezel nipis. Paparan skrin pula sedikit kecil pada ukuran 5.5 inci dengan resolusi 1080p.



Di dalamnya dimuatkan dengan cip pemprosesan Snap Dragon 435 dan saiz bateri 3000 mAh, disesuaikan dengan saiz ukurannya yang dikecilkan.

Siri Q6 juga ditawarkan dengan dengan tiga pilihan variasi iaitu Q6+, Q6 dan Q6a. LG hanya meletakkan satu kamera di belakang dengan sensor bersaiz 13-Megapiksel tetapi masih mengekalkan sensor selfie  5-Megapiksel 100-darjah. Pengimbas cap jari dibahagian belakang peranti juga di buang.

Model Q6+ memiliki saiz RAM 4GB, sama taraf dengan G6, model Q6 pula 3 GB dan Q6a bersaiz 2GB. Kesemuanya mempunyai storan 16GB. Warna pilihan untuk setiap model juga berbeza-beza. LG akan mula menyasarkan pasaran Asia bermula Ogos ini.



Sumber: The Verge