LG Perkenal Mesin Basuh Generasi Baru Yang Dikuasakan Dengan AI

Di CES 2020, LG melancarkan satu lagi produk keluarannya iaitu mesin basuh pintar yang dikuasakan oleh AI.

Mesin basuh LG mampu mengesan jumlah dan berat setiap basuhan. Ia juga menggunakan sensor AI yang canggih untuk mengenal pasti jenis kain dalam setiap pakaian. Teknologi ini mampu menetapkan tetapan optimum, meningkatkan pembersihan dan memanjangkan hayat pakaian sebanyak 15 peratus.

Mesin basuh pintar LG ini juga dapat mengesan beban campuran baju dan seluar. Ia juga dapat memprogram kitaran basuh menggunakan suhu dan masa yang sesuai untuk mencuci dengan baik.



Selain itu, ia boleh disambungkan dengan Amazon Alexa menerusi aplikasi mudah alih ThinQ LG. Ia berfungsi untuk memberi notifikasi apabila pencuci pakaian sudah berkurang. Pelanggan boleh mengaktifkan Amazon Dash Replenishment melalui aplikasi untuk menyusun semula bekalan terpilih secara automatik seperti sabuh pencuci dan pelembut kain.

Selain ciri AI yang berkuasa, mesin basuh LG menawarkan ciri-ciri tambahan untukĀ  membantu menjimatkan masa pengguna dan memberikan prestasi yang lebih baik:

  • TurboWash 360 menggunakan jet berkuasa untuk mengelilingi pakaian dari beberapa sudut supaya sabun pencuci boleh menembusi ke dalam kain untuk pembersihan yang lengkap dalam masa kurang dari 30 minit.

  • 3D Multi Spray mengeluarkan air dari lima arah yang berbeza secara serentak dengan cepat bagi menghilangkan kotoran yang sukar.

  • LG TWINWash menjimatkan masa dengan dua pencuci dalam satu mesin. Basuh pakaian yang kecil di mesin basuh LG SideKick di bawah semasa menangani pakaian yang lebih besar di atas.