LG Patenkan Telefon Pintar Dengan 16 Lensa Kamera

Telefon pintar dengan tetapan kamera lebih daripada satu lensa bukanlah perkara asing pada masa kini.

Pengeluar-pengeluar juga sudah mula rancak menghasilkan telefon pintar bukan sahaja dengan dwi kamera malah tiga kamera.

Berdasarkan perkhabaran terbaru, LG dilapor telah mempatenkan telefon pintar yang dilengkapi dengan 16 lensa disusun secara matrik (4x4).

Dengan paten tersebut, ia sedikit sebanyak membayangkan syarikat itu mungkin sedang mempersiapkan pembangunan peranti berkenaan.



Sistem 16 kamera itu dikatakan mampu membuat rakaman gambar dari pelbagai sudut. Selain itu, teknologi tersebut turut berupaya merakam foto 3D bergerak.

Boleh dilihat, dibawah susunan lensa itu terdapat cermin dan dikatakan ia akan berfunsi bagi rakaman selfie. Ini memberi gambaran penggunaan skrin paparan penuh dibahagian hadapan peranti.

Nampaknya LG masih belum berpuas hati dengan sistem kamera yang dibawa pada LG V40ThinQ.

Baca juga - (Video) LG Kongsikan Kemampuan 5 Kamera LG V40 ThinQ

Sumber: Lets Go Digital