LG Patenkan Rekaan Telefon Pintar Lipat Yang Boleh Bertukar Menjadi Tablet

Selain Samsung, LG turut terkenal dengan teknologi membangunkan skrin paparan. Untuk terus kekal bersaing, pelbagai idea diketengahkan termasuklah teknologi skrin boleh lipat.

Difahamkan, LG telah memfailkan paten telefon pintar lipat yang boleh berubah menjadi tablet. Melihat kepada imej paten, rekaan ini berbeza sama sekali dengan model prototaip ZTE Axon M yang mempunyai jarak dibahagian tengah.





 

Tidak banyak maklumat yang boleh diketahui melalui pemfailan paten ini kerana ia lebih kepada rekaan dan tiada informasi teknikal secara terperinci.

Terdapat beberapa versi didalam paten itu termasuk satu rekaan skrin terbuka pada bahagian sisi untuk paparan informasi seperti jam.



Dengan penampakan paten ini, jelas bahawa LG sedang berusaha menghasilkan telefon pintar dengan skrin yang boleh dilipat dan kita boleh menjangkakan peranti yang menarik dimasa hadapan.

Sumber: Slash Gear