LG Nafi Laporan Bahawa Mereka Akan Keluar Dari Perniagaan Telefon Pintar

Baru-baru ini tersebar laporan dari The Elec bahawa LG akan menutup perniagaan telefon pintar mereka.

Tidak beberapa lama selepas itu, laporan tersebut telah dipadam dan Ketua Komunikasi Korporat Global LG telah mengeluarkan kenyataan menafikan laporan tersebut.

Menurutnya, laporan tersebut tidak benar dan bersifat spekulasi.

Walaupun jualan telefon pintar LG tidaklah setanding jenama besar seperti Samsung, mereka masih mahu terus menghasilkan telefon pintar.

Sebelum ini juga LG membuat keputusan tidak lagi menghasilkan telefon pintar di Korea untuk kelas bajet dan mengilangnya di negara luar untuk lebih menjimatkan kos.

LG Rollable CES 2021

Dengan usaha dan teknologi menarik seperti telefon paparan gulung yang diperlihatkan pada acara CES 2021, sudah tentu agak sukar untuk bersetuju jika LG mahu keluar dari perniagaan telefon pintar.

Sumber: XDA