LG Mungkin Akan Dipilih Menghasilkan Peranti Terbaru Google Pixel XL

Terdapat ura-ura berlegar semalam yang Google telah melupuskan perancangan awal mereka untuk Pixel XL 2, nama kod muskie.

Tahun lepas HTC yang bertanggungjawab menghasilkan kedua-dua peranti Pixel dan mugkin Google pada tahun ini mengikuti langkah mereka pada tahun 2015 dimana dua pengeluar dipilih untuk menghasilkan peranti telefon pintar mereka.

HTC mungkin akan menghasilkan Pixel yang bersaiz kecil manakala LG pula akan dipilih untuk menghasilkan Pixel bersaiz besar.

Sebelum ini Google pernah melabur di dalam LG dalam penghasilan paparan OLED mereka dan mungkin akan meneruskan usaha kerjasama tersebut.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat untuk pada hujung tahun ini apabila Google memperkenalkan peranti Pixel terbaru mereka.

Sumber