LG Memperkenalkan LG G8XThinQ Dan LG Dual Screen Di IFA 2019 Berlin

LG Electronics (LG) semalam telah melancarkan LG G8XThinQ, telefon pintar siri G terbarunya, dan LG Dual Screen generasi kedua acara IFA 2019 yang berlangsung di Berlin. Kedua-dua LG G8XThinQ dan LG Dual Screen direka untuk mewujudkan satu cara baru multitask, untuk pengguna menikmati kandungan dan melayari sosial media pada masa yang sama.



LG Dual Screen yang pertama, telah diperkenalkan di MWC 2019 di Barcelona. Untuk versi baharu, LG mencari maklum balas pengguna dan melaksanakan beberapa penambahbaikan termasuk penambahan paparan 2.1-inci. Paparan tambahan berguna ini membolehkan pengguna menyemak masa, tarikh, caj bateri, pemberitahuan dan maklumat berguna lain tanpa membuka dwi-paparan. Dual Screen yang baharu ini berbeza dengan generasi pertama kerana mengunakkan teknologi 360 Freestop Hinge untuk membolehkan pengguna melihat di mana-mana sudut, sama seperti komputer riba.

Bagi kamera utama pula, peranti ini mempunyai dua kamera utama iaitu 12MP Standard F1.8  dan 13MP Super Wide F2.4. Ia juga mempunyai Reflector Mode di mana pengguna boleh mengawal cahaya bagi gambar portrait yang berkualiti walaupun dalam keadaan kurang cahaya. LG sentiasa berada di hadapan dalam sistem audio telefon pintar. , LG G8XThinq hadir dengan stereo speaker yang amat berkualiti dan terus menjadikan LG sebagai penanda aras untuk audio telefon pintar.


Dari segi reka bentuk pula, LG G8XThinQ dilihat mempunyai rekabentuk yang hampir sama dengan peranti-peranti LG sebelum ini. LG G8XThinQ menggunakkan usb untuk menyambung ke Dual Screen berbanding menggunakkan Pogo Pins untuk lebih nampak kemas tanpa menggunakkan pelindung peranti ataupun case.

Berikut ialah spesifikasi bagi LG G8XThinQ dan LG Dual Screen:

 

LG G8XThinQ

  • Snapdragon 855

  • Paparan: 6.4-inch 19.5:9 FHD + OLED FullVision (2,340 x 1,080 / 403ppi)

  • Memori: 6GB RAM / 128GB / microSD (up to 2TB)

  • Kamera belakang: 12MP Standard (F1.8 / 1.4μm / 78˚) / 13MP Super Wide (F2.4 / 1.0μm / 136˚)

  • Kamera hadapan: 32MP Standard (F1.9 / 0.8μm / 79˚)

  • Bateri: 4,000mAh

  • Sistem operasi: Android 9.0 Pie

  • Saiz: 159.3 x 75.8 x 8.4mm

  • Berat: 192g

  • Rangkaian: 3G / 4G LTE-A

  • Sambungan: Wi-Fi 802.11 a, b, g, n, ac / Bluetooth 5 / NFC / USB Type-C (USB 3.1)

  • Imbasan cap jari dalam paparan.

  • Warna: Aurora Black

  • Lain-lain: Stereo Speaker / AI CAM / Google Lens / Google Assistant / 32-bit Hi-Fi Quad DAC / DTS:X 3D Surround Sound / IP68 Water and Dust Resistance / HDR10 / Qualcomm Quick Charge™ 3.0 Technology / MIL-STD 810G Compliance / FM Radio


 

LG Dual Screen

  • Paparan: 6.4-inch 19.5:9 FHD + OLED FullVision (2,340 x 1,080 / 403ppi)

  • Paparan kedua: 2.1-inch Mono

  • Saiz: 165.96 x 84.63 x 14.99mm

  • Berat: 134g

  • Sambungan: USB

  • 60 Freestop Hinge

  • Warna: Aurora Black