LG mahu segera memperkasakan keupayaan telefon pintar mereka.
LG telah memaklumkan bahawa mereka sedang membangunkan cip pemprosesan mereka sendiri yang dilengakpi dengan ciri kecerdasan buatan (AI)
Cip mereka juga turut memiliki ciri Neural enjin LG yang seumpama meniru rangkaian neural otak manusia bagi meningkatkan keupyaan pemprosesan dalam pembelajaran algoritma.
Cip AI LG ini merangkumi kecerdasan visual untuk lebih mengenali dan membezakan ruang, lokasi, objek dan mengenali suara pengguna dengan tepat.
Cip LG ini juga mampu meningkatkan keupayaan dalam peranti pintar dengan mengesan perubahan fizikal dan kimia terhadap persekitarannya.
Malah menurut LG, cip yang dibangunkan mereka juga akan mampu untuk melaksanakan Perkhidmatan AI tertentu menerusi pemprosesan dan pembelajaran daripada data video dan audio bagi tujuan meningkatkan keberkesanan ia memahami emosi, situasi dan tingkah laku pengguna.
Selain itu, cip pintar LG ini dilengkapi dengan ciri keselamatan berkuasa bagi melindungi data peribadi pengguna daripada isu penggodaman.
LG membangunkan cip mereka sendiri dengan teknologi termaju adalah khusus sebagai persediaan untuk produk keluaran masa depan mereka.
Tetapi ia tidak terhad hanya semata-mata pada telefon pintar mereka sahaja. Tetapi juga bakal dimuatkan dalam pelbagai produk keluaran mereka yang lain seperti Robot embersih hampagas, mesin basuh dan peti sejuk.
Sumber: LG
Berkaitan
- Monitor Pintar LG Dengan webOS Boleh Di Pra Tempah, Harga RM1,049
- LG Akan Perkenalkan Teknologi Skrin Boleh Lentur Terbaru Di CES 2021
- Samsung Dan LG Dilaporkan Sedang Membangunkan Monitor Mudah Alih Untuk Telefon Pintar
- Nostalgia Pemainan Kanak-Kanak Polis Sentri Kini Dalam Bentuk Digital
- Jam Simbol 'LGBT' Dirampas Penguat Kuasa Malaysia, Swatch Akan Ambil Tindakan Undang-Undang
- Dilaporkan Hampir Kesemua Data Rakyat Bulgaria Dicuri Dalam Satu Serangan Siber
- Bukan Algoritma Semata Tapi TikTok Ada Butang Rahsia Untuk Jadikan Sesiapa Sahaja 'Viral'
- LG Perkenal Paparan 'Gaming' OLED 480Hz, Terpantas Di Dunia
- Penyelidik Menemui Pepijat Pada Cip Qualcomm Yang Mendedahkan Data Pengguna Telefon Pintar Samsung, Motorola Dan LG
- LG Kini Ada TV Yang Disimpan Dalam Beg, Mudah Nak 'Healing' Sambil Layan Netflix