LG Memfailkan Saman Terhadap Hisense Atas Dakwaan Pelanggaran Hak Paten

Sebanyak 4 dakwaan pelanggaran hak paten dikenakan ke atas Hisense.


LG Electronics Inc, syarikat pengeluar kelengkapan elektronik terkenal dari Korea Selatan telah memfailkan saman pelanggaran paten terhadap syarikat Hisense dari China.

Saman tersebut difailkan oleh LG terhadap Hisense di China dan cawangannya di Amerika Syarikat, di sebuah mahkamah daerah di California baru-baru ini.

Saman itu dibuat berkaitan 4 dakwaan yang berbeza iaitu berkenaan pemasangan teknologi paparan LED, paten reka bentuk teknologi antaramuka yang membantu pengguna mengenal pasti peranti pihak ketiga seperti pemain DVD atau komputer apabila ia disambungkan bersama TV, pelanggaran paten teknologi yang menjadikan paparan lebih jelas serta paten teknologi yang menguatkan capaian sambungan Wi-Fi pada TV.

Pembuat televisyen nombor dua dunia itu mendakwa kebanyakan televisyen keluaran syarikat China itu yang dijual di AS telah melanggar hak patennya. Ketika ini, Hisense merupakan pengeluar televisyen keempat terbesar dunia.

LG dengan tegas menyatakan akan mempertahankan hak paten produknya.

"We will aggressively protect our patents". LG Electronics Inc.

Sumber: ZDNet

Berkaitan