LG Melancarkan TV OLED Boleh Gulung Pertama Di Dunia Pada Acara CES 2019

Acara Consumer Electronics Show(CES2019) telah pun bermula semalam. Para pembangun barangan elektronik berkumpul di acara berkenaan bagi mempersembahkan produk-produk terbaru mereka.

Salah satu pengeluar yang terlibat ialah LG. Semasa persidangan , syarikat gergasi dari Korea Selatan ini telah memperkenalkan televisyen OLED boleh gulung pertama di dunia.

Kapsyen: LG


Model TV LG SIGNATURE OLED TV R(65R9) ini hadir dengan teknologi baharu yang membolehkan ia disimpan  didalam "kotak" dibawahnya apabila tidak digunakan.

Untuk lebih memahami bagaimana teknologi ini berfungsi, anda boleh tonton video di bawah:

https://youtu.be/br9yftCP9Mg

Televisyen dengan fungsi canggih sebegini didakwa dapat dilaksanakan dengan teknologi OLED yang tiada tandingan daripada LG.

Selain itu, TV bersaiz 65-inci ini juga dikatakan mempunyai bingkai yang sangat nipis serta kualiti gambar yang berada di kelas tertinggi.

Kapsyen: LG


Pengguna turut berkebolehan untuk memilih tiga mod paparan berbeza iaitu Full View, Line View dan Zero View.

Full View akan memberikan paparan penuh seperti TV biasa sambil pengguna boleh menetapkan paparan jenis Line View untuk menggunakan sebahagian daripada paparan sahaja.

Kapsyen: LG


Sesuai dengan namanya, Zero View akan menyimpan keseluruhan panel paparan namun pengguna masih lagi boleh menggunakannya untuk mendengar lagu.

Baca juga: LG Pamer TV OLED 65 Inci Yang Boleh Digulung

Model televisyen ini telah dipertontonkan buat kali pertama pada acara CES 2018, dan kali ini ia benar-benar akan dilancar dan dipasarkan.

LG Malaysia masih tidak memberikan sebarang maklumat mengenai kemasukan televisyen ini ke pasaran tempatan.

 

Sumber: LG Malaysia