LG Lancarkan TV Dengan Skrin OLED 8K 88 Inci

Mengambil kesempatan pada acara IFA Berlin 2018 yang berlangsung ketika ini, LG telah memperkenalkan TV OLED dengan sokongan resolusi 8K pertama didunia.



Hadir dengan saiz paparan berukuran 88 inci, TV ini menjanjikan paparan yang lebih jelas dengan nisbah kontra yang tiada tandingan serta warna hitam sebenar.

"LG 8K OLED TV adalah kemuncak pencapaian teknologi dan langkah evolusi seterusnya dalam teknologi paparan..." kata Brian Kwon, presiden LG Home Entertainment Company.

"4K OLED memainkan peranan penting dalam membina semula industri TV dan LG yakin bahawa 8K OLED akan melakukan perkara yang sama."sambungnya lagi.



Melengkapi TV tersebut adalah teknologi pembantu maya iaitu Google Assistant. Ciri ini akan menjadikan TV OLED 8K sebagai pusat kepada teknologi rumah pintar.

Ia boleh mengakses peranti rumah pintar lain seperti vacuum pintar, penapis udara,  lampu pintar serta sesuai digunakan pada lebih 5000 peranti pintar pelbagai jenama.