LG Lancarkan Tablet G Pad III 10.1 Hari Ini

LG hari ini telah memperkenalkan tablet terbaru mereka iaitu G Pad III 10.1 FHD LTE. Seperti yang terpapar pada nama tablet ini, ianya mempunyai skrin bersaiz 10.1 inci. Resolusi paparan ialah 1920x1200 dan ianya juga mempunyai sokongan LTE. G Pad III 10.1 ini dikuasakan dengan pemproses Octa-core 1.5GHz didatangkan dengan RAM 2GB bersama memori dalaman sebanyak 32GB.

Dari segi keupayaan kamera pula, G Pad III 10.1 dibina dengan sensor 5-Megapixel untuk kedua-dua kamera depan dan belakang. Dengan ukuran badan 256.2 x 167.9 x 6.7 to 7.9 mm dan berat sebanyak 510 gram. Ianya bakal dilengkapi dengan sistem operasi Marshmallow 6.0.1 bersama LG UX 5.0. Kapasiti baterinya pula adalah sebesar 6000mAh. Tablet ini juga hadir dengan 'kick stand' sendiri yang membolehkan ianya berdiri dan boleh dilaras sehingga ke sudut 70 darjah.

Ianya dijangkan dipasarkan di Malaysia pada $360 (RM1613). Setakat ini Tablet LG G Pad III 10.1 hanya boleh didapati di pasaran Korea Selatan. Pihak LG turut menambah mereka akan tampil dengan pen pintar bersama versi tablet yang sama pada awal tahun hadapan.

gsmarena_002-3