LG G6+ Pula Keluar Mempebaharui Versi Asal

Memang sebelum ini ada berita mengatakan LG akan mengeluarkan versi Plus untuk peranti G6 mereka dan ternyata khabar tersebut benar dengan keluarnya G6+.

Tetapi tidak banyak beza mana pun jika dibandingkan dengan versi asal itu kerana apa yang dinaik taraf hanyalah ruang penyimpanan ROM dan juga kualiti audio.

Untuk LG G6+ ini, ruang ROM mereka dipertingkatkan kepada 128 GB.

LG juga mengatakan kualiti audio peranti ini dipertingkatkan dengan memasukkan 32-bit Hi Fi Quad DAC dan sepasang earphone B&O.

Dengan masih menggunakan chip Snapdragon 821, ramai beranggapan yang mereka akan menaik taraf dengan menggunakan cip SD 835 tetapi tidak sama sekali.



 

Jika anda peminat peranti LG dan masih menanti peranti mereka yang menggunakan cip SD 835, nampaknya anda terpaksa menunggu sekali lagi apabila peranti LG V30 yang dikhabarkan akan menggunakan cip pemprosesan terbaru dari Qualcomm itu.

Sumber

Berkaitan