LG G6 Diuji Dengan Teruk Dalam Satu Video Ujian

Sejak kebelakangan ini, setiap telefon utama yang keluar-tidak kisah siapa pengeluarnya, pasti akan diuji keadaan fizikal secara profesional atau amatur.

Dari peranti Samsung atau Apple yang dilepaskan dari jarak 1000 kaki dari tanah, pengguna dilihat berminat untuk melihat peranti-peranti ini menahan segala ujian fizikal yang dikenakan.

Dilihat mencari perhatian untuk pasaran yang majoritinya didominasi oleh Samsung dan Apple, LG muncul dengan satu video untuk menunjukkan ketahanan telefon utama terbaru mereka, LG G6.

Dengan menggunakan perlaksanaan Rube Goldberg machine, syarikat itu menunjukkan ciri-ciri yang hadir dengan peranti utama mereka dengan cara yang menghiburkan.

i.img

Tiada lagi butiran spesifikasi yang bosan, video di atas menunjukkan butiran peranti itu termasuk pensijilan IP68 yang kalis air dan habuk, pensijilan MIL-STD-810G untuk ujian kejatuhan dan boleh bertahan di dalam suhu negatif 20 °C hingga 60°C.

Sumber