LG Dijangka Akan Menjadi Pembekal Paparan Iphone SE 2

Baru-baru ini tular di media sosial bahawa Apple bakal melancarkan peranti bajet terbaru mereka yang berkemungkinan dinamakan Iphone SE 2. Menurut satu sumber dari Apple Insider, Iphone SE 2 dijangka bakal menggunakkan paparan jenis LCD dan berkemungkinan paparan tersebut bakal dibekalkan oleh syarikat teknologi dari Korea Selatan iaitu LG.



Menurut Apple Insider juga, sebuah laman teknologi dari Korea Selatan The Elec telah mendedahkan bahawa paparan dari LG tersebut sedang dalam pemeriksaan kualiti dan Iphone SE 2 dilihat dalam proses untuk disiapkan dan dijangka akan mempunyai saiz yang kecil. Menurut The Elec lagi, pihak LG pada awalnya tidak berminat untuk membekalkan paparannya kepada sebuah peranti bajet, namun akhirnya mereka terpaksa menilai semula berikutan pergantungan berterusan Apple terhadap pesaingnya Samsung yang membekalkan paparan OLED pada peranti mercunya. LG juga membuat beberapa panel OLED, tetapi sebahagian besar syarikat pengeluar telefon pintar termasuk Apple lebih memilih Samsung.



Iphone SE 2 dijangka bakal dilancarkan pada awal 2020, dan dijangka hadir dengan reka bentuk seperti Iphone 8, dijana oleh cip pemprosesan A13 Bionic, 3GB RAM dan mempunyai storan berkapasiti 64GB dan 128GB. Menurut Apple Insider, ia dijangka akan dijual dengan harga bermula dari $399.

Sumber : Apple Insider