Merupakan kedai kelima mereka di negeri Selangor, ia akan menempatkan rangkaian Home Appliances berserta produk-produk Home Entertainment seperti OLED TV, NanoCell TV, peti ais InstaView Door-in-Door, mesin basuh TWINWash dan bermacam lagi.
Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, Kim Kyutae yang merasmikan majlis perasmian tersebut berkata, "Pembukaan kedai jenama ini adalah dengan matlamat untuk menyediakan pelanggan akses yang lebih baik kepada produk inovatif LG."
Rakan kongsi LG, Tan Boon Ming Sdn Bhd (TBM) melalui penguru besarnya, Tan Wai Keat berkata, "Pelanggan kini boleh menikmati hiburan menerusi peralatan rumah yang inovatif. Bersama-sama dengan LG, kami berusaha untuk terus menawarkan produk bermutu premium yang lebih baik agar dapat melengkapi rumah pelanggan."
Sebagai sebahagian daripada sambutan pembukaan kedai ini, beberapa promosi menarik, rebat dan hadiah percuma akan tersedia buat pelanggan yang mengunjungi kedai tersebut dari 22 hingga 24 November 2019.
Berkaitan
- LG V20 Sudah Mula Dijual Hari Ini
- LG V30 Bakal Memfokuskan Kepada Rakaman Video dan Audio
- LG Melancarkan TV OLED Boleh Gulung Pertama Di Dunia Pada Acara CES 2019
- Vivo X27 Dilancarkan Di China - Hadir Dengan Kamera Periskop, Skrin Super AMOLED
- LG V40 Bakal Menjadi Telefon Pintar Dengan Lima Kamera Pertama Di Dunia
- Facebook Bakal Membawakan Rancangan TV Mereka Sendiri Mulai Ogos Ini
- Antaramuka LG V30 - Ciri Floating Bar Dan Tiada Skrin Kedua
- Kini Facebook Live Boleh Di Layari Di Google Chromecast Dan Apple TV
- Video Teaser Dari LG Membayangkan Peranti Kalis Air dan Debu untuk LG G6
- TV QLED 98 Inci Dari Samsung, Miliki Panggung Wayang Di Rumah Sendiri