LG Dan Pembangun Naver Bekerjasama Membangunkan Aplikasi Pelayar "Whale" Khusus Untuk Telefon Pintar Dengan Ciri Skrin Berkembar

Bakal diperkenalkan di acara IFA 2019 yang akan berlangsung pada 6 hingga 11 September nanti.


Naver sebuah syarikat pembangun enjin carian terbesar dari Korea Selatan telah bekerjasama dengan LG untuk membangunkan aplikasi pelayar sesawang yang  dikenali sebagai "Whale".

Whale adalah sebuah aplikasi yang dibangun berasaskan pelayar sumber terbuka Google Chromium. Ia dilengkapi dengan ciri yang dipanggil Naver sebagai  omnitasking di mana ciri tersebut membenarkan pelbagai tugasan dilakukan pada satu paparan.

Kerjasama bersama LG pula adalah bertujuan bagi membolehkan pelayar Whale menyokong paparan berkembar LG bagi dioptimasikan pelbagai tugasan untuk kegunaan bersama peranti terbaru LG yang dilengkapi dengan dua paparan.

A new form factor for mobile, LG Dual Screen is highly regarded by consumers for its exceptional usability. Our partnership with NAVER is just the beginning of a more expansive Dual Screen ecosystem and another sign of our commitment to providing users with an enriched, differentiated mobile experience.” Chang Ma, Timbalan presiden strategi produk di Syarikat Komunikasi Mobile LG Electronics.

Barisan telefon pintar terbaru akan diperkenalkan di acara IFA 2019 yang akan berlangsung pada 6 hingga 11 September di Berlin, Jerman nanti. Pelayar Whale terbaru juga dijangka akan membuat kemunculan bersama peranti-peranti tersebut.

Sumber: LG

Berkaitan