LG Berkerjasama Dengan Valve Untuk Memperkenalkan Headset VR

LG ketika ini dalam cadangan untuk memperkenalkan paltform VR mereka sendiri seawal minggu ini. LG akan berkerjasama dengan Valve dalam penghasilan headset VR yang mungkin akan diumumkan secara rasmi di GDC 2017 di San Francisco.

Peranti ini akan dibina dengan menggunakan teknologi pengesanan SteamVR  dan platform OpenVR  dimana mereka akan secara tidak langsung bersaing dengan Vive dan Rift. SteamVR bukanlah sistem operasi tunggal yang mempunyai perlesenan teknologi VR, ketika ini Microsoft juga sedang berkerjasama dengan syarikat-syarikat seperti Dell dan Asus untuk menghasilkan peranti VR mereka sendiri dengan menggunakan sistem operasi Windows Holographic.

Walaubagaimanapun, headset VR dari LG masih lagi didalam fasa R&D dan ianya akan dipamerkan sebagai prototaip. Pihak Valve berkata "peranti ini direka khas untuk memberikan pengalaman VR yang lebih luas buat generasi akan datang".

Sebelum ini LG sudah mengeluarkan produk VR mudah alih yang disambungakan ke telefon pintar, tetapi ianya tidak mendapat sambutan kerana fungsinya yang terlalu terhad. Dengan kerjasama dengan Valve, peranti VR LG yang memfokuskan pada platform desktop dan PC semestinya akan memberikan mencabar sengit kepada pesaing utama mereka HTC Vive dan Oculus Rift.

Sumber