LG Akan Tingkatkan Pengeluaran Paparan OLED Lutsinar Tahun Ini

LG Display kini adalah pengeluar paparan terbesar di dunia.


LG Display bukan sahaja pengeluat televisyen pertama di dunia yang memperkenalkan TV dengan teknologi paparan yang boleh digulung, tetapi juga kini merupakan pengeluaran paparan terbesar di dunia.

Tidak cukup setakat itu, mereka juga kini dilaporkan akan menggandakan lagi pengeluaran teknologi poaparan OLED lutsinar pada suku ke-4 tahun ini.

Teknologi paparan OLED lutsinar ini yang memaparkan imej dan informasi berbeza di bahagian belakang dan depannya bakal digunakan secara meluas pada bangunan, tingkap-tingkap kedai dan ruang pameran.



LG Display melihat penggunaan paparan tersebut untuk bidang komersil dan automotif sebagai fokus bisnes mereka bagi meluaskan lagi penguasaan pasaran paparan 20 -30% yang dipegang mereka ketika kini kepada lebih daripada 50% pada tahun 2020 nanti.

Sumber: Pulse