Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LG Akan Perkenalkan Teknologi Skrin Boleh Lentur Terbaru Di CES 2021

LG Akan Perkenalkan Teknologi Skrin Boleh Lentur Terbaru Di CES 2021

Diterbitkan Januari 6, 2021 · Dikemas kini Januari 6, 2021 oleh ariff bukhari

Sempena Consumer Electronics Show (CES) 2021 dijadualkan akan bermula dari 11 hingga 14 Januari ini, LG dilaporkan akan memperkenalkan rekaan skrin boleh lentur terbaru pada pameran tersebut.

Tidak hanya boleh dilentur, skrin itu juga dikhabarkan akan dilengkapi dengan sistem pembesar suara.

Teknologi yang LG bangunkan itu dikenali sebagai Bendable Cinematic Sound OLED (CSO).

Mereka akan memperkenalkan paparan yang menggunakan teknologi itu menerusi skrin bersaiz 48 inci ultra nipis.

Apa yang membezakan paparan LG berbanding dengan pesaing lainnya adalah skrin LG boleh diubah bentuk lenturan sama ada melengkung atau normal hanya dengan sentuhan butang sahaja.

https://www.youtube.com/watch?v=4spy-VVPI6E&feature=emb_logo

Selain itu, LG juga akan memperkenlkan barisan model TV premium terbaru termasuklah  model Mini LED TV QNED pertama keluaran mereka.

Reruai LG (booth) pada CES 2021 boleh dilayari secara maya bermula 11 Januari nanti berikutan pandemik COVID-19 yang belum tamat.

Sumber: LG, AV Forums

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
©2026 WISER.MY