Letak Desktop Atas Lantai, Elok Atau Tidak?

Seperti yang kita bayangkan apabila mempunyai sebuah komputer desktop, ruang terhad diatas meja menyebabkan kerangka yang terisi dengan segala komponen ia kerap kali dilihat terletak dibahagian bawah. Tetapi persoalannya, adakah kawasan bawah meja itu sesuai untuk diletakkan kerangka peti tersebut?



Bagi peti komputer desktop moden, rekaan bawahnya tidak rata dan mempunyai 'kaki', berfungsi memberikan jarak antara bawah peti komputer dan lantai untuk memberi ruang kepada aliran udara dibahagian itu.

Jangan Alas Dengan Karpet

Jika komputer diletakkan diatas karpet, ia akan menghalang laluan keluar masuk udara dan menyebabkannya menjadi panas serta tiada laluan udara keluar masuk.



Sebelum meletakkan PC di atas lantai, fikir terlebih dahulu tentang laluan udara keluar masuk, jika terdapat benda yang menjadi penghalang seperti karpet, alaskan dengan apa-apa objek yang keras dan bersih seperti buku, pelapik keras yang tidak menjadi penghalang.



Risiko sedut habuk lebih banyak diatas lantai

Letak dimana-mana bahagian pun akan tetap berhabuk. Tetapi permukaan lantai lebih terdedah kepada kotoran dan habuk termasuk juga kebarangkalian dihuni 'mahkluk' lain. Kipas penyejuk pasti akan menyedut kotoran itu kedalam ruang lalu mengganggu semua komponen-komponen didalamnya.

 



Bagaimanapun, semua itu terpulang kepada pemiliknya, jika pandai menjaga dan memelihara kawasan terbabit.

Cara yang betul adalah membersihkan lantai dengan lebih kerap dan memastikan pengaliran udara tidak terhalang. Jika tidak, kedua perkara ini mungkin akan membawa kepada masalah komputer terlalu panas.

Lantai adalah tempat yang sesuai dalam sesetengah keadaan. Mungkin lagi baik jika komputer diletakkan dibawah kerana dapat menjimatkan ruang.

Bagi seorang peminat tegar permainan video, meletakkan komputer dilantai pasti membuatkan mereka risau perkakasan komputer itu menjadi bahan 'permainan' kanak-kanak, diganggu oleh binatang peliharaan mahupun lain-lain perkara yang tidak diingini.



Segala halangan seperti habuk, dan sistem pengaliran udara ini sangat penting terutama pada komputer gaming atau workstation yang mudah mengeluarkan haba panas, melainkan ia komputer yang menggunakan kuasa rendah dan kurang menjana haba.

 

Sumber: How To Geek

Berkaitan