Lesen Sementara Huawei Untuk Berurusan Dengan Syarikat AS Dilanjutkan 45 Hari Lagi

Hampir 9 bulan lebih sejak Huawei disekat dari berurusan dengan syarikat teknologi dari Amerika Syarikat. Rentetan daripada itu, kita telah melihat telefon pintar seperti Mate 30 Pro hadir diperkenalkan tanpa kehadiran GMS.

Walaupun dihalang, Huawei masih lagi menerima lesen sementara untuk membolehkan kemaskini serta sokongan diberikan kepada peranti serta rangkaian sedia ada. Lesen sementara tersebut diberikan bermula Mei, disambung pada Ogos dan terakhir sekali pada November yang tamat pada bulan ini.

Terkini, lanjutan selama 45 hari telah diberikan oleh Jabatan Perdagangan AS kepada Huawei. Alasannya masih sama iaitu bagi meneruskan operasi pengendali rangkaian secara sementara, terutama sekali dikawasan luar bandar. Dalam pada masa yang sama, alternatif kepada Huawei akan dicari untuk pengoperasian di masa hadapan.

Sumber: Cnet