Tarikh yang ditentukan perjumpaan adalah pada 8 Disember 2019 (Ahad) pada waktu 3 - 6 petang di KLCC Park.
Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan sesama pengguna Pixel bertukar-tukar pandangan, idea, pendapat, dan ilmu serta kemahiran fotografi telefon antara satu sama lain.
Jika anda seorang pakar membaiki telefon terutamanya Pixel, ataupun usahawan yang berniaga aksesori Pixel, anda adalah sangat digalakkan untuk datang mungkin ada ahli pengguna lain yang memerlukan khidmat baiki ataupun membeli aksesori Pixel anda.
Mengikut pengirim, tiada bayaran yang dikenakan kerana tujuan utama adalah mahu berjumpa dan bersuai kenal sesama pengguna Pixel di Malaysia.
Pengirim juga turut meminta sebarang idea atau cadangan, malah pertanyaan diajukan kepadanya dalam bentuk komen. Terlebih dahulu, anda perlu meminta masuk ke dalam Group kerana ia bukan Group terbuka kepada semua orang ramai.
Turut kelihatan pada bahagian komen adalah saudara Xavier Naxa, seorang penggiat aktif berkongsikan maklumat teknologi di media sosial terutamanya Twitter dan Facebook. Nak jumpa Xavier Naxa? Ini mungkin peluang terbaik anda.
Berkaitan
- ASUS ROG Zephyrus G14 Akan Hadir Untuk Pasaran Malaysia Jun Ini
- Spesifikasi Penuh Google Pixel 5 - Gunakan Lensa Sudut Lebar, Tiada Lagi Telefoto Zum
- Steam Deck Sudah Boleh Dibeli 25 Februari Tapi Bukan Untuk Pasaran Malaysia
- Pilihan Raya AS, Google Classroom, Dan BPN Merupakan Carian Paling Tinggi Sepanjang 2020 Di Malaysia
- Google Mahu Menjadi Bank Dengan Menawarkan Perkhidmatan Akaun Semakan
- Akhirnya Google Pixel Dah Sokong VoLTE, Tapi Kena Pakai Telco Yoodo
- Google Matikan Servis Google Cloud Print - Tidak Lagi Boleh Digunakan Pada 1 Januari 2021
- Pengumpulan Data Besar-Besaran Oleh Syarikat Berkaitan Ketenteraan Di China - Malaysia Antara Negara Terlibat
- Google Pixel 4a 5G Turut Diumumkan - Varian 5G Untuk Pixel 4a, Sepantas Pixel 5
- Peranti Dengan Kamera Gimbal vivo X50 Pro Dijual Berharga RM3,199 Di Malaysia