Lenovo Z6 Pro Mungkin Akan Dilengkapi Dengan Kamera 100MP

Pada acara MWC 2019 yang lalu, Lenovo ada mendedahkan informasi mengenai telefon pintar berkeupayaan 5G yang akan turut dilengkapi dengan kamera HyperVision, bagi rakaman Hyper Video.

Disebut-sebut sebagai Lenovo Z6 Pro, ia telah diacah dengan kemampuan rakaman Hyper Video dan juga akan dilengkapi dengan kamera 100MP.



Ini adalah berdasarkan perkongsian oleh Naib Presiden Lenovo, Chang Cheng dengan kiriman berserta tanda pagar (#亿级像素) yang apabila diterjemah, ia membawa maksud bilion piksel atau 100MP.



Tidak banyak, maklumat yang didedahkan mengenai peranti ini tetapi ia dipercayai akan menggunakan cip Snapdragon 855, RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Ura-ura mengatakan Lenova Z6 Pro akan diperkenalkan pada April ini.

Terdahulu, Qualcomm ada menyatakan terdapat pengeluar-pengeluar yang sedang mempersiapkan telefon pintar dengan kamera sehingga 100MP, dan ia mungkin muncul sekitar penghujung tahun ini.

Sumber: GizChina