Lenovo Z6 Pro Dijual Pada Harga RM2299 Di Malaysia

Bagi peminat yang menantikan kehadiran Lenovo Z6 Pro, anda kini boleh mendapatkan peranti berkenaan dengan penawarannya secara rasmi sudahpun bermula sejak semalam.

Berstatus telefon pintar flagship, Lenovo Z6 pro dilengkapi dengan sejumlah spesifikasi terbaik seperti Snapdragon 855, skrin paparan 6.39 inci Super AMOLED, sensor imbasan cap jari pada paparan, RAM 8GB digandingkan dengan memori simpanan 128GB.



Bahagian rakaman foto pula mempamerkan penggunaan sensor 48MP+16MP ultra lebar + 8MP telefoto +2MP ToF. Takuk pada panel hadapan pula didiami oleh sensor swafoto 32MP. Peranti ini turut dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4000mAh dan sistem audionya disokong oleh Dolby Atmos.

Bersempena dengan itu juga, terdapat promosi yang akan berakhir pada 31 Julai 2019 dimana pembeli Lenovo Z6 Pro akan menerima baucar RM50 serta hadiah percuma. Anda boleh dapatkan peranti ini di Motorola Official Store Lazada.