Lenovo Z5 Pro Akan Dilengkapi Dengan 4 Kamera Utama

Reading Time: 1 minute

Imej acah Lenovo Z5 Pro memperlihatkan tetapan 4 kamera utama pada panel belakang sudah dipertontonkan kepada umum sejak awal bulan ini.

Dimuat naik oleh naib presiden syarikat pada laman Weibo, susun atur kamera itu tampak sama seperti yang digunapakai oleh Huawei Mate 20.

Mengungkap laporan daripada GSMArena, satu daripada empat kamera itu akan menggunakan lensa telefoto 2X dan ditemani lensa biasa Field of View.

Sementara itu, dua lagi lensa masih belum dapat dipastikan jenisnya. Laporan turut menyatakan nama rasmi peranti ini sebenarnya adalah Lenovo S5 Pro, dan bukannya Lenovo Z5 Pro.

Tambahan lain mengenai peranti, ia hadir dengan skrin paparan tanpa takuk dengan kamera hadapan disembunyikan melalui skrin yang boleh menggelungsur.

Spesifikasi asas yang bakal tampil untuk model ini adalah seperti berikut:

  • Skrin 6.5 inci QHD+
  • Snapdragon 845
  • RAM 6GB dan 8GB
  • Storan dalaman 64GB sehingga 256GB
  • Bateri 4000 mAh

Lenovo menjadualkan pelancarannya pada 16 Oktober ini.

Sumber: GSMArena