Lenovo Y710 | Desktop Mudah Alih

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Lenovo berjaya menghasilkan laptop dan desktop gaming yang berjaya menambat hati pengguna seluruh dunia. Syarikat yang terkenal dengan model ThinkPad dan Yoga itu, mengeluarkan siri komputer yang tidaklah kelihatan mewah berbanding dengan jenama lain tetapi bersedia memainkan permainan yang "berat" dan dijual pada harga yang berpatutan.

Antara model yang mendapat perhatian adalah, desktop mudah alih IdeaCentre Y710 yang dilengkapi dengan GPU kad grafik Nvidia GeForce siri 1000. Semuanya direka dalam saiz yang kecil disertakan dengan pemegang tak ubah seperti beg yang memudahkan anda membawanya kemana sahaja.

Selalunya desktop khas untuk gaming bersaiz besar dan memakan banyak ruang meja anda tetapi IdeaCentre Y710 berbentuk sederhana dengan kemasan lampu berwarna merah yang membuatkan ia kelihatan sedikit "garang".  Dikuasakan dengan grafik generasi terkini, desktop mudah alih ini sudah pasti menyokong fungsi realiti maya (VR) seperti Oculus Rift dan juga HTC Vive tanpa sebarang masalah.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=uPfZkHXTvGA[/embed]

Spesifikasi

Hadir dengan cip pemproses Intel Core i7-6700 3.4GHz dengan 8MB cache disamping RAM DDR4 32GB. Dari segi grafik pula ia diperkasa dengan Nvidia GeForce GTX 1070 GDDR5 8GB.

lenovo-ideacentre-y710-cube-portable-gaming-desktop-4k-ultra-nvidia-gtx1070

Untuk storan, Y710 akan menggunakan SSD 256GB dengan sistem operasi Windows 10 sudah siap dipasang didalamnya. Dipadankan pula dengan storan HDD 2TB yang berfungsi untuk menyimpan segala data anda. Terdapat juga Killer DoubleShot Pro (GbE/Wi-Fi) yang membolehkan komputer ini mendapatkan kelajuan serta kestabilan yang terbaik dalam penggunaan Ethernet dan WiFi.

lenovo-ideacentre-y710-cube-gtx-1070-portable-gaming-desktop-4k-ultra-nvidia-gtx1070

Dibahagian belakang komputer ini tersedia satu port USB 2.0 dan USB 3.0 manakala bahagian hadapan pula mempunyai dua port USB 3.0. Model ini juga tampil dengan penerima yang siap terbina untuk sokongan pengawal (controller) Xbox One tanpa wayar.

lenovo-ideacentre-y710-cube-portable-gaming-desktop-vr-ready-ultra-4k

Lenovo Y710 dijual dengan harga RM6,099 beserta waranti selama 3 tahun.