Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
lenovo x13s

Lenovo ThinkPad X13s, ‘Laptop’ Pertama Guna Snapdragon 8cx Gen 3 Mula Dijual

Diterbitkan Julai 28, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Lenovo telah mula menjual ‘laptop’ pertama di dunia yang dijana Snapdragon 8cx Gen 3 melalui Verizon dan kedai mereka sendiri Amerika Syarikat.

Ia dinamakan sebagai Lenovo ThinkPad X13s dan telah diperkenal Februari lalu.

Menurut Qualcomm, cip ini menambah baik prestasi teras tunggal CPU dengan kadar 40% manakala untuk teras pelbagai pula 85%.

Untuk GPU pula, dikatakan 8cx Gen 3 ini adalah 60% lebih baik berbanding generasi sebelum ini.

Lenovo ThinkPad X13s, ‘Laptop’ Pertama Guna Snapdragon 8cx Gen 3 Mula Dijual

Komputer riba ini dilengkapi paparan antisilau 13.3 inci dengan bateri yang mampu bertahan sehingga 28 jam sekali cas. Selain itu, webcam padanya pula dibantu kamera 5MP.

Ia menyokong rangkaian 5G dan mempunyai storan dalaman sehingga 512GB.

Pembeli di Amerika Syarikat boleh mendapatkannya pada harga $1,450 (RM6,467) daripada Lenovo atau melalui komitmen $40.27 (~RM180) sebulan dengan Verizon selama 36 bulan.

Gambar utama: Digital Trends
Sumber: Qualcomm, Lenovo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY