Lenovo Tab 4 Diperkenalkan Untuk Pasaran Tempatan

Lenovo Malaysia kini membawakan dua siri Tab 4 ke dalam pasaran tempatan yang mana kedua-duanya dilengkapi dengan dwi speaker serta sokongan audio Dolby Atmos. Dikenali dengan Lenovo Tab 4 10 Plus dan Lenovo Tab 4, mari kita lihat spesifikasi ringkas keduanya dibawah.

Lenovo Tab 4 10 Plus



 

Hadir dengan spesifikasi tinggi, Tab 4 10 Plus dilengkapi dengan skrin IPS berukuran 10.1 inci berkeupayan memaparkan resolusi 1920 x 1200. Dijana dengan cip pemproses Snapdragon 625 dan bergandingan dengan RAM 3GB. Bagi storan dalaman pula ia sebesar 16GB juga sokongan kad MikroSD sehingga 128GB.

Tablet ini menggunakan lensa 8MP bagi kamera utama dan lensa 5MP untuk kamera selfie. Turut melengkapi adalah sokongan WiFi, Bluetooth, GPS dan juga fungsi Radio. Selain daripada itu, Tab 4 10 Plus akan dikuasakan dengan bateri berkapasiti  7000mAh dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0.

Bakal dijual pada harga RM1299, ia mempunyai fungsi pengimbas cap jari dan beroperasi dengan Android Nougat 7.0.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=9&v=VNdujSL9grY

Lenovo Tab 4 8



Model ini lebih kecil sedikit dimana skrin paparan IPS berukuran 8 inci dan dikuasakan dengan Snapdragon 425. Storan dalaman pula sebesar 16GB dituruti dengan sokongan memori tambahan sehingga 128GB. RAM 2GB akan melengkapkan tablet ini.

Dibahagian sistem kamera, lensa 5MP dan 2MP digunakan pada kamera utama dan selfie. Tab 4 8 akan dijana dengan bateri berkapasiti 4850mAh dan dijual pada harga RM749.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=9&v=2URLbgmmYuI

Sumber: SoyaCincau.com