Lenovo Malaysia Kenalkan ThinkPad P1 & P72 Untuk Golongan Profesional

Lenovo Malaysia hari ini memperkenalkan siri ThinkPad mereka, P1 & P72 yang direka khusus memberikan prestasi yang mengkagumkan dalam bentuk komputer riba. ThinkPad P1 & P72 ini didatangkan dengan pelbagai tetapan perkakasan bagi menyesuaikan kemahuan pengguna mengikut bajet kemampuan mereka.

Didatangkan dengan warna hitam, kedua-dua komputer riba ini menggabungkan cip pemprosesan Intel® samada dari siri Core™ mahupun Xeon™ dengan kad pemprosesan NVIDIA® Quadro®.

ThinkPad P1



 

ThinkPad P1 menampilkan komputer riba dengan cip pemprosesan Intel® Core™i5-8400H, kad grafik NVIDIA® Quadro® P1000 4GB GDDR5. Ia juga merupakan komputer riba Thinkpad dengan dimensi yang kecil (14.2 x 9.7 x 0.7-inci) dengan berat hanya 1.7 kg. ThinkPad P1 juga telah diuji oleh badan Independent Software Vendors (ISV) dalam ujian aplikasi 3D dan 4K. Kemampuan dunia nyata juga diperakui oleh pengeluar kereta mewah UK, Aston Martin yang menggunakan peranti ini dalam proses-proses rekaan kereta mereka.

ThinkPad P72



ThinkPad P72 pula adalah komputer riba yang lebih berkuasa yang menampilkan cip pemprosesan dari Intel® Core™ i7-8750H, i7-8850H sehingga Xeon® E-2176M dan E-2186M. Kad pemprosesan grafik pula terdiri daripada NVIDIA® Quadro® P600 (2GB), P2000 (4GB), P3200 (6GB), P4200 (8GB) dan P5200 (16GB). Menawarkan ruang storan sebanyak 6TB bersama-sama memori RAM yang menyokong sehingga 128GB. Ia juga menyokong teknologi Intel Optane sebanyak 16GB yang boleh menangani data yang banyak dalam satu-satu masa.

 

Harga yang ditawarkan untuk ThinkPad P1 bermula dari RM 8,719.00 dan P72 adalah RM 8,920.