Lenovo Mahu Hasilkan Telefon Pintar ‘Tanpa Bezel dan Takuk’ Pertama Di Dunia

Sejak kebelakangan ini, syarikat pengeluar peranti telefon pintar sering menggunakan rekaan takuk pada peranti keluaran mereka selepas dipopularkan oleh Apple menerusi iPhone X. Namun, menurut laporan kami sebelum ini, rekaan berkenaan jelas kurang popular di kalangan pengguna.

Maka dengan itu, Lenovo pada 14 Mei yang lalu dilaporkan telah menghasilkan satu reka bentuk grafik bagi peranti tanpa bezel mereka, Lenovo Z5 dan ia tanpa takuk.

Melihat pada rekaan yang dikeluarkan oleh pihak Lenovo sendiri ini, kelihatan jelas bahawa paparan skrin pada Lenovo Z5 ini mampu untuk mencapai tahap 95% daripada bahagian hadapan peranti. Namun apa yang perlu difikirkan oleh pihak Lenovo ialah berkenaan kedudukan kamera swafoto bagi peranti ini yang turut menjadi persoalan kepada pemerhati industri.

Sebelum ini, pihak Lenovo sudah mengeluarkan satu imej teaser yang memamaparkan sebahagian daripada paparan hadapan peranti Lenovo Z5 ini.

Lenovo sebelum ini agak ketinggalan di belakang pencabar mereka seperti Huawei, Xiaomi, Oppo dan Vivo. Berikutan itu, mereka berharap agar peranti ini dapat menarik perhatian pengguna kepada produk mereka kembali seperti 2 atau 3 tahun sebelum ini.

Sama-sama kita nantikan pihak Lenovo untuk membuktikan kemampuan sebenar mereka dalam menghasilkan peranti model Lenovo Z5 ini.

Sumber

 

Amir Zakwan

Amir Zakwan

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408