Lenovo Legion Y720 Dan Y520 Sudah Mendarat Di Malaysia

Penglibatan Lenovo dalam mengeluarkan 'gaming laptop' sememangnya tidak boleh disangkal lagi.

Dipertontonkan kepada umum pada acara CES 2017 yang lalu, Lenovo Legion versi Y720 dan Y520 sudah mula memasuki pasaran tempatan.

Ia merupakan edisi laptop permainan yang berprestasi tinggi dengan tawaran harga yang mampu milik.

Bukankah ini impian setiap pemain permainan video,  laptop kualiti tinggi dengan harga yang murah?

Jadi jika anda 'gamer tegar' dan mahukan laptop pada harga bajet, laptop siri Legion ini sangat bersesuaian untuk anda.

lenovo-legion-ces-2017-14-1024x683

Legion Y520 bakal hadir dengan beberapa tawaran harga mengikut spesifikasi yang berbeza:

  1. RM 3299

    • Pemproses Intel Core i5-7300HQ

    • RAM DDR4 4GB

    • Kad grafik GTX 1050 2GB GDDR5

    • Storan HDD 1TB



  2. RM4219

    • Pemproses Intel Core i7-7700HQ

    • Kad grafik GTX 1050 4GB GDDR5



  3. RM 4919

    • Storan SSD 128GB

    • Kad grafik GTX 1050 Ti 4GB GDDR5



  4. RM 5419

    • Storan 256GB SSD/ 2TB HDD

    • RAM DDR4 8GB




Kesemua versi Y520 dilengkapi skrin paparan bersaiz 15.6 inci dengan resolusi 1080p

lenovo-legion-ces-2017-2-1024x683

Legion Y720 pula hanya akan ditawarkan untuk satu variasi sahaja pada pasaran tempatan:

  1. RM6099

    • Pemproses i7-7700HQ

    • RAM DDR4 8GB

    • storan 1TB HDD

    • Kad grafik GeForce GTX 1060 GPU dengan RAM 6GB GDDR5




Y720 turut tampil dengan skrin paparan 15.6 inci 1080 p, tetapi bagi pasaran Malaysia model paparan 4K tidak akan ditawarkan dalam masa terdekat.

lenovo-legion-my-launch-3-1024x683

Dua jenis warna papan kekunci turut membezakan  diantara model diatas:

  • Y720 - papan kekunci warna RGB

  • Y520 -  papan kekunci warna merah


Kesemua 4 variasi Y520 sudah boleh mula dibeli tetapi bagi anda yang berminat dengan edisi Y720 perlu mengunggu sehingga hujung bulan ini.

Sumber: Lowyat.net