Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo Legion Phone Duel Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3399

Lenovo Legion 2 Pro Tertiris Di Geekbench, Dilengkapi RAM 16GB

Diterbitkan Mac 10, 2021 oleh Amsyar Latif

Tahun lalu, Lenovo Legion Pro atau Lenovo Legion Phone Duel diperkenalkan. Ini merupakan sebuah telefon gaming pertama daripada Lenovo.

Susulan daripada pengenalan tersebut, Lenovo Legion 2 Pro bakal menjadi pengganti kepada pendahulunya dan telefon ini juga telah tertiris di Geekbench.

Menerusi data didedahkan, telefon dengan nombor model L70081 ini dikuasakan cip Snapdragon 888 yang diganding bersama RAM sebesar 16GB.

Lenovo legion 2 pro

Dari segi CPU, ia tampil dengan prestasi yang memberangsangkan dimana skor teras tunggal adalah 1129 sementara multi-teras 3763.

Melihat kepada hasil skor itu, nampaknya Lenovo Legion 2 Pro akan memberikan saingan sengit kepada ROG Phone 5 yang akan dilancarkan hari ini.

Tambahan lagi, Geekbench turut mendedahkan ia menjalankan Android 11. Untuk spesifikasi, mungkin ia dilengkapi paparan AMOLED 144Hz, storan UFS 3.1 dan bateri 5000mAh.

Jika dilihat corak telefon gaming tahun ini, kami menjangkakan 16GB RAM itu adalah memori yang paling minimum untuk ditawarkan kepada pengguna.

Sumber: gsmarena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY