Lenovo Lancarkan Dua Model Motorola, Moto G5S Plus Dan Moto X4 Di Malaysia

Motorola Mobile Malaysia harini telah memperkenalkan dua model Moto terbaru mereka untuk pasaran Malaysia iaitu Moto G5S Plus dan Moto X4. Kedua-dua peranti itu memuatkan dwi kamera di belakang peranti tersebut.

Moto G5S Plus yang merupakan peranti pertengahan merupakan siri yang paling berjaya berbanding siri Moto yang lain. Peranti yang menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 625 dengan kelajuan jam dikunci pada 2.0 Ghz itu turut disertakan dengan cip grafik 650 Adreno 506.

Ruang simpanan Moto G5S Plus berkapisiti 4GB ROM dan 32GB ROM. Ruang penyimpanan melalui kad SD juga disokong peranti ini sehingga 128GB. Peranti ini juga mempunyai bateri berkapisiti 3,000 mAh dengan sokongan pengecasan cepat.

Kamera belakang peranti ini adalah 2 kamera 13MP yang membolehkan efek bokeh diambil. Moto G5S Plus juga menyokong rakaman video 4K serta rakaman gerak lambat yang selalunya ditawarkan untuk model peranti utama.



Untuk model Moto X4 pula, peranti ini dikategorikan untuk pertengahan atasan yang berada di bawah kelas peranti utama.

Peranti ini juga menampilkan dwi kamera di belakang dengan sensor 12MP dan 8 MP sensor sudut luas yang menyokong rakaman 120°.

Moto X4 menampilkan cip pemprosesan Snapdragon 630 dengan skrin paparan 5.2 inci IPS HD penuh. Ruang simpanan memori pula adalah sebesar 4GB untuk RAM dan 64GB untuk ROM serta sokongan kad SD sehingga 2TB.

Peranti ini juga memuatkan bateri berkapisiti 3,000 mAh dengan sokongan pengecasan cepat. Pihak Lenovo juga menambah yang teknologi pengecasan cepat mereka, TurboPower yang menggunakan hingga 15W boleh mengecas peranti dalam masa 15 minit untuk penggunaan peranti selama 6 jam.

Moto G5S Plus dijual pada harga RM 999 dan Moto X4 pula dijual dengan harga RM 1,899.

Sumber