Lenovo Lancar Tablet M10 Plus - Cip Helio P22T, Skrin Saiz 10.3" Dan Bateri 7000mAh

Masa kini jarang kita mendengar peranti baharu dilancarkan oleh syarikat Lenovo. Namun, hari ini mereka telah melancarkan sebuah peranti baharu. Ia bukannya telefon pintar sebaliknya adalah sebuah tablet dinamakan Lenovo M10 Plus.

Tablet ini mempunyai paparan 10.3 inci dengan resolusi 1920 x 1200 serta nisbah skrin ke badan 87%. Di dalamnya, ia dijana oleh cip MediaTek Helio P22T yang dipadankan dengan 4GB RAM. Storan dalaman pula terdapat 2 pilihan, sama ada 64GB atau 128GB. Ia turut mempunyai sokongan kad microSD sehingga 256GB.



Di belakang, terdapat satu lensa dengan 13MP dan juga 8MP swafoto pada bahagian hadapan. Bateri tablet berkapasiti 7,000mAh namun menyedihkan ia hanya mempunyai pengecasan selaju 10W sahaja melalui USB-C.

Dengan saiz bateri yang besar tersebut, tablet tidak terlalu tebal hanya dengan 8.15mm dan seberat 480g sahaja. Antara ciri-ciri lain termasuklah bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos, dan pin POGO untuk sambungan aksesori.

Hanya terdapat satu pilihan warna kelabu sahaja. Di China, ia dijual pada harga bermula CNY 1,599 (~RM975).

Sumber: Lenovo

Berkaitan