Lenovo Diarahkan Membayar Saman Berjumlah RM 30.5 Juta Selepas Didapati Memasang Perisian Superfish Di Dalam Komputer Riba Mereka

Mahkamah Utara California bersetuju dengan penyelesaian di antara Lenovo dengan kumpulan pengguna yang telah memfailkan saman terhadap syarikat tersebut kerana telah memasang perisian 'Superfish' di dalam komputer riba pelanggan mereka.

Perisian dari sebuah syarikat bernama Superfish itu adalah perisian yang akan memaparkan iklan di laman sesawang yang boleh dieksploitasi oleh penggodam untuk mencuri maklumat sensitif pengguna. Insiden menjadi pengetahuan umum pada tahun 2015 dan Lenovo didapati bersalah dalam hal tersebut.

Pada tahun 2017, Lenovo telah membuat pembayaran ke FTC dan bersetuju untuk dipantau oleh badan persekutuan untuk 20 tahun berikutnya. Sebagai rekod, Lenovo telah membayar sebanyak RM 14.6 juta kepada pihak berkuasa tempatan sebelum ini untuk skandal Superfish.