Lenovo Dahului Lima Pengeluar Komputer Lain Pada Pasaran Komputer Untuk Suku Ke-3 Tahun Ini

Berdasarkan laporan dari firma penyelidikan dan penasihat Gartner baru-baru ini, pemasaran komputer (laptop dan desktop) bagi pasaran global untuk suku ke-3 tahun ini mengalami peningkatan yang sederhana sekitar 1.1%.

Jika dibandingkan dengan tempoh sama pada tahun lalu yang memperlihatkan 67 juta unit komputer dipasarkan, tahun ini jumlah pemasaran meningkat kepada 68 juta unit dimana Lenovo menerajui pasaran global dengan 24.7%.



Mengekori Lenovo adalah HP Inc. dengan pegangan pasaran 22.4%, Dell dengan 16.6%, Apple dengan 7.5%, Acer Group dengan 6.2%, dan Asus dengan 5.6%.

Menurut firma tersebut, pengeluar-pengeluar ini meraih keuntungan daripada penurunan harga komponen seperti DRAM dan SSD dalam beberapa suku terakhir. Selain itu, kitaran pembaharuan Windows 10 juga disebut sebagai pemangkin pasaran diseluruh rantau.

Sumber: Gartner