Lenovo Bakal Tutup ZUK Mobile?

Apa yang anda tahu tentang pengeluaran telefon pintar oleh syarikat Lenovo?

Syarikat dari China itu memasarkan telefon pintar dengan 3 jenama yang berbeza;


  1. Lenovo




  2. Moto (dahulunya Motorola)




  3. Zuk Mobile




ZUK Mobile merupakan jenama yang baru berusia dalam lingkungan 2 tahun dimana ia pertama kali diperkenalkan pada Mei 2015.

Walaupun begitu, berdasarkan khabar angin yang diperolehi dari laman Phone Arena, anak syarikat Lenovo tersebut bakal ditutup.Lenovos-ZUK-Mobile-sub-brand-is-being-killed-less-than-two-years-after-its-debut

Memetik dari perbualan pada platform sosial media China, Weibo, model ZUK Z3 tidak akan hadir di pasaran disebabkan penutupan anak syarikat berkenaan oleh Lenovo.

Penutupan ini dilihat bukan disebabkan masalah kewangan tetapi lebih kepada strategi Lenovo yang ingin menyatukan jenama mereka supaya mampu bersaing dengan pengeluar telefon pintar yang lain.

Jenama ZUK diterima baik oleh pengguna telefon pintar lebih-lebih lagi dipasaran Tanah Besar itu sendiri.

Walaupun baru berusia sekitar 2 tahun, ZUK telah berjaya mengeluarkan 5 buah peranti;

  1. ZUK Z2

  2. ZUK Z1

  3. ZUK Edge

  4. ZUK Z2 Pro

  5. ZUK Z1 mini


Apapun kita perlu kenyataan rasmi dari Lenovo tentang penutupan jenama ZUK ini.

Sumber: Phone Arena